Thursday, April 28, 2011
Bakal Penyanyi Rock Malaya
Mana nak jumpa bakal penyanyi rock mcm nie , siap main gitar atas tangga lg nasib baik x main gitar dari atas tangga paling atas then terjun smp ke bawah ... nasib still boleh d control lg jiwa rock nye itu .... mama nk suruh jd doktor atau engineer ... tp minat ke arah seni lah pulak ... camnor nie ... camner nk masuk imam muda jika gini gaya nya ... !!! u
Wednesday, April 27, 2011
Koleksi 18sx Anak Anakku
Semuanya dh macam tarzan pulak ... musim summer katakan ... ala ala picnic tepi laut lah nie ... boleh masuk iklan pampers pun ade ... heheh
Kenangan Persekolahan
Kenangan zaman persekolahan, gambar nie pun nasib teman sekelas masih ade menyimpankannya, aku dh x ade dh gambar nie .... ntah d mana aku letak pun aku dh x ingat ... ! Masa ini aku masih didalam darjah 6 ... x silap aku 6 hijau, di Sek. Ren. Keb. Sultan Abdullah, Kuantan Pahang. Aku masih ingat lagi nama cikgu dlm gambar ini iaitu Cikgu Yusuf ... cikgu nie memang baik gila ... marah pun macam x marah ... aku ler student yang dia sayang ... kah kah kah ... ( anak murid yg mendengar kata ) hahahah !!! Kelakar bila imbas kembali zaman kanak kanak dulu ... !!
Telatah Akif Su'aidi ...
Suka tengok keletah ... akif , jika hati tengah marah atau tension bila tengok gelagat akif confirm aku akan hilang segala dukalara ... dialah penawar hati ... ubat segala duka dalam hidup aku . Mama amat menyayangimu .... semoga hidup mu sering diberkati Allah s.w.t .... amin !
Monday, April 25, 2011
Wanita Untuk Lelaki
Cerita yg menarik, cuba baca ye.... slmat membaca..:) Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran gler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah da...n kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut. waaa... mana isteri ku... Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku. fuuu.. lega.. “Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam. “Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.. lelaki tu pun berfikir... Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no o ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth… hahaha... takde yg nak marah ku... Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa... Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukupker nak bayar gaji dia .............................. .............................. ......seumur hidup ??? ingat balik.. And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!! SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU.. HARGAI MEREKA!!!!! Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan” See More
By: Nitaf Hana
Sunday, April 24, 2011
Percaya Atau Tidak ?
Percaya atau tidak hanya dengan memejamkan mata dia mampu menaip computer walaupun hanya dengan sebelah tangan sahaja . Percaya atau tidak .... adakah anda mampu melakukannya .... ?
Akif Demam ..
Inilah pertama kali anak aku yg bongsu demam, cian aku tengok ... nasib baiklah walaupun Akif demam tapi kerenahnya tidaklah seperti abang abangnya bila kena demam ... kiranya tidak banyak kerenah ... janji tidur kena cukup ... baru Akif x merengek sangat ... demam demam pun masih boleh bermain lagi dengan mainannya ... demam nak tumbuh gigi agaknya nie .
Gelagat Anak Anak Mandi Kolam
Seronok sangat dapat mandi kolam , dari pi mandi tempat hok masuk berbayar ... yang ni hari hari leh mandi ... free lagi
Sampai x nak masuk dh syiok sangat mandi
Ala ala superman tu ...
Ikan duyung .... janji seronok mandi ...
Saturday, April 23, 2011
Kenangan Terindah Yang Tidak Dapat Dilupakan
Inilah kenangan harijadi yang paling bermakna bagi diriku , kenangan yg tidak mungkin akan aku lupakan .... jika x silap aku lah ini lah harijadi aku disambut setelah sekian lama x pernah menyambutnya ... yang bestnya harijadi aku disambut atas kapal tu .... ramai jugak yang menyambut sekali ... heheheh !! bilalah diaorg ni nak sambuat harijadi aku sekali lagi ... heheheh !!!
Renungan Serta Panduan
Thursday, April 21, 2011
Wednesday, April 13, 2011
Renung Renumgkan Para Suami
Pesanan Buat Suami
Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
Keistimewaan Seorang Wanita
Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...." Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan ...tadi..basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah... tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle... baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle... ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle... Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..." masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. .. bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang... la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle.. dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar.. ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ... ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams... aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting.. ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah.... So?....apa yang peliknya..?? Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu... Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better... foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi... Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri... Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari... HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!
Renungan Kepada Para Suami !!
Jika isteri menangis dihadapanmu…. “hargai lah ia sblm terlewat…” Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi… Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.. Jika k...au membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya. Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam … Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya. Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ? Apakah keistimewaan perempuan ini ? ” Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat.. TUTUR katanya merupakan KEBENARAN.. SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. . PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya.. Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa.. Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. .. Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. . Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.. Dia begitu sedih melihat KEMATIAN.. TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN. Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal… Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”… Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.
Wednesday, April 6, 2011
Gelak Tawa Akif
Terhibur sangat bila dapat melihat gelak tawa insan kecil yg paling disayangi ... mama luv u akif .... !!!
BBQ Night
Dah lama jg aku tak buat bbq nie, masa baru pindah tu rajin jgklh buat bbq nie tp semenjak dua menjak nie aku jarang buat bbq, jd sempena menyambut hari kelahiran ibunda ku jd aku n kakak ku bergabung tuk menjayakan bbq nie. Tak ramailah yg aku jemput cuma adik beradik mak aku dan jiran yg dekat sahaja. Lgpun bukanlah buat secara besaran pun, klu nk buat besaranpun tggu birthday anakku yg bongsu genap setahun nanti.
Yang membeakr nie tak lain dan tak bukan ialah hubby ku , berpoloh poloh dia membakarnya .... dera dia sikit ... hahahah
Pasu bunga aku pun blh jd mangsa pembakaran ....
Menu nya ialah pasta, coslow, mee hoon goreng, ayam, ikan cencaru dan pencicah yg sewaktu dengannya ..
Kerenah Anak Anak
Gelagat anak anak bila dapat mandi kolam , walaupun x lah sebesar mana tp kemain seronok sngt
Semakin membesar dh Akif nie , dh nk masuk 9 bln ...
Papa N Anak Anaknya
Inilah masa yg dinantikan oleh anak anak bila papanya bwk pi jln jln sambil bermesra , selalunya papa bz sokmo ...!
Kemain riang Akif bila papa buat macam tu ... ala ala naik kuda gitu ...
Jalan jalan di Dataran Pahlawan naik keta RM 3 sejam ...
Ini papa nyer dah lapar sangat sampai anak nya tangan pun boleh jadi nk dimakannya .... cian Akif
Monday, April 4, 2011
Kepercayaan ...
Setiap manusia diatas muka bumi ini mempunyai perasaan kepercayaan diantara sesama manusia, cuma terpulang kepada diri kita sendiri untuk mengekalkan kepercayaan yang diberi mahupun kepercayaan kepada diri sendiri. Namun kepercayaan itulh yg sering dipermainkan oleh manusia sendiri. Kekadang kita terleka akan janji yg diberi sehingga terlalu senang kita mempercayai seseorg itu tanpa usul periksa akan kewujudan dirinya. Kepercayaan adalah sesuatu perasaan yg tidak mampu di tukar gantikan dengan wang yg berjuta kerana ianya lebih dari nilai wang sendiri lagipun ianya mempunyai nilai yg terlalu tinggi hingga x termampu untuk menyatakan apakah nilai kepercayaan itu.
Setiap insan mempunyai kepercayaan tersendiri, namun jangan kita sesekali menyalah gunakan kepercayaan yg diberikan kerana ianya akan memakan diri kita sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)