Sunday, February 20, 2011

Situasi

Hari minggu nie tiada apa yang menarik hendak dilakukan, cuma aku dan anak2 pergi ke rumah mak saudara yang aku panggil mak long, menolong apa yang patut dilakukan kerana anak bongsunya akan berkahwin awal bulan Mac nanti ... jadi pergilah menyibukkan diri. Nak bawa anak2 berjalan pun tidak berapa seronok sangat tanpa papanya, mana tidaknya jeles jugak aku jika melihat semua yang bergembira ada papa bersama, tapi aku ?? ermm jadi keseronokkan itu berkurangan.

Ptg nie tadi baru sahaja jiran aku meminta bantuan aku untuk menunjukkan cara memanggang ayam menggunakan oven yg baru di belinya ... nak dikatakan aku terror sangat tentang oven nie tidak jugak, tp bolehlah sikit2 menunjukkan skill yang aku ada, aku pulak bila lagi nak memanggang ayam .. hehehe !!! Nk panggang ayam kenalah tunggu suami aku balik dulu baru seronok makan sekeluarga.

At the same time jiran aku sebelah datang, menjenguk anak2 aku .. sambil dia meluahkan anak perempuannya yang sudah 6 tahun berkahwin masih lagi belum mempunyai anak. Aku lebih lama sikit lah dari anak dia ... aku 8 tahun ! Aku pun memberitahu rezeki aku selepas pulang dari Mekah mengerjakan umrah, smuanya diatas kehendak yang maha esa. Kebetulan aku masih mempunyai 'kurma kering' yang aku beli di Mekah jadi aku sedekahkan padanya untuk diberikan kepada anak perempuannya, dan mudah mudahan akan di beri rezeki zuriat. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan segalanya. Kita hanya terus berdoa kepadanya. Amin.

Friday, February 18, 2011

Renungan Kita Bersama 2

ADA yang bertanya, bagaimana saya mahu menjadi wanita atau isteri solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca al-Quran?

Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.

Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.

Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.

Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.


Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.

Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.

Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.

Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.

Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.

Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah lelaki suka mencari pelacur untuk memuaskan nafsu. Tidakkah mereka takut dengan hukum Allah dan risiko jangkitan penyakit yang boleh mereka dapat.

Sebenarnya, sesetengah lelaki gemar mencari perempuan lacur kerana mereka mendapat layanan kelas satu ketika bersama wanita berkenaan. Mereka tidak mendapatnya ketika di rumah apatah lagi isteri yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabai nafkah batin kepada suami.

Mungkin ada yang berkata, wanita lacur memberi layanan kelas satu kerana mereka dibayar atau mendapat tip.

Adakah isteri juga mahu suami memberi bayaran kepada mereka semata-mata untuk mendapatkan layanan kelas satu? Jika isteri mempunyai pandangan sedemikian, jangan melenting jika dikatakan mereka juga sama dengan pelacur.

Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.

Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.

Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah.

Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.

Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.

Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.

Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.

Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.

Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.


Sumber: Metro

Renungan Kita Bersama

*Siapa suami?
*
Lelaki yang mengucapkan qabul (akad terima) janji perkahwinan dengan seorang
gadis atau wanita tertentu. Termasuk dalam definisi ini juga lelaki yang
‘dipaksa’ menikahi atau mengahwini gadis/wanita yang bukan pilihannya.

*Kelayakan sebagai suami

*
Tidak semua lelaki layak menjadi suami. Kelayakan menjadi suami bukan
terletak kepada umur, pangkat pekerjaan, banyaknya harta atau kacak paras
rupa.

Syariat Islam menetapkan terdapat lima hukum asas bagi seseorang lelaki yang
berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya. Hukum asas
inilah yang menjadi pertimbangan kelayakan seorang lelaki untuk berkahwin
dan memegang status seorang suami.

Kenapa hanya lelaki? Kerana lelaki adalah ketua keluarga dan bila ketua
adalah seorang yang betul-betul layak, insyaAllah ketua ini akan mampu
melayarkan bahtera rumahtangganya berlandaskan kehendak syariat dan mampu
merealisasikan perkahwinan menepati prinsip dan hikmahnya.

Lima hukum tersebut ialah wajib, sunat, haram, makruh dan harus.

Wajib - apabila lelaki itu mampu dari segi fizikal dan kewangan malah
dibimbangi sekiranya tidak berkahwin, takut terjerumus kepada maksiat zina.

Sunat - lelaki yang mampu dari segi fizikal dan kewangan dan mempunyai
keinginan untuk berkahwin. Bezanya mereka tidak bimbang akan terlibat dengan
zina sekiranya tidak berkahwin.

Haram - lelaki yang tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin. Haram juga
bagi lelaki yang berkahwin dengan tujuan untuk memudaratkan isterinya.

Makruh - lelaki yang tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya tetapi
berkeinginan untuk berkahwin.

Harus - lelaki yang tidak mempunyai sebab yang mendesak untuknya berkahwin
dan tidak pula mengharamkan dia berkahwin.

Berdasarkan hukum asas ini, jika anda berada dalam kategori wajib, sunat dan
harus, anda adalah lelaki yang layak berkahwin. Sebaliknya jika anda berada
dalam kategori haram, sudah jelaslah anda memang tidak layak berkahwin. Jika
anda berada dalam kategori makruh pula, secara mudahnya, walaupun anda tidak
diharamkan berkahwin tetapi anda juga tidak layak berkahwin. Memanglah
makruh sahaja dan bukan haram tetapi perkara makruh juga adalah perkara yang
tidak disukai oleh Allah. Jika jelas dan nyata anda tidak mampu memberi
nafkah kepada isteri sedangkan memberi nafkah adalah kewajipan dan
tanggungjawab suami, apa lagi yang boleh bakal isteri atau isteri anda
harapkan daripada anda nanti? Harapkan kewajipan menunaikan nafkah batin?
Hmmm… secara kasarnyalah, sama sajalah anda dengan gigolo kat luar sana!!

*Peranan dan tanggungjawab suami

*
Islam menetapkan setiap suami wajib menjalankan peranan dan tanggungjawabnya
dengan sebaiknya. Dengan sebaiknya bermaksud berusaha sedaya upaya untuk
menjalankan semua peranan dan tanggungjawab yang disenaraikan tanpa rasa
lelah, jemu atau bosan.

*Kewajipan melayani isteri dengan baik.
*

**Tanggungjawab seorang suami yang paling utama ialah melayan isteri dengan
penuh kebaikan. Seorang suami wajib melayani isterinya dengan tingkah laku
yang baik dan menuruti kehendak isteri dalam perkara yang sesuai dan
munasabah mengikut syarak.
Maksud layanan yang baik bukan sekadar tidak memukul atau menampar tetapi
layanan yang baik seperti yang dikehendaki di dalam Islam malah
undang-undang perkahwinan agama lain juga ialah suami perlu menjaga hati dan
perasaan isteri agar tidak dilukai dan disakiti. Isteri berhak dilayan
dengan penuh kemesraan, kelembutan dan dengan penuh kasih sayang. Suami juga
perlu berusaha memupuk kasih sayang isteri seperti di dalam kes perkahwinan
paksa.

Layanan yang baik juga bermakna isteri perlu diperlakukan seperti seorang
manusia merdeka, bukannya hamba yang menurut segala arahan tuannya yang
membabi buta. Seorang isteri perlu dipanggil dengan ucapan yang menunjukkan
kasih sayang seperti nama manja isteri ataupun apa jua panggilan yang
menggambarkan betapa suami menyintai dan menghargai isteri. Seorang isteri
tidak berhak menerima kata-kata seperti bodoh, otak singkat atau apa juga
panggilan yang menyakitkan hati.

*Memberi nafkah zahir yang sempurna mengikut kemampuan*


**Tanggungjawab suami yang tidak kurang pentingnya ialah memberi nafkah
untuk isteri dan anak-anaknya berupa makanan, pakaian, tempat tinggal dan
segala keperluan isteri yang munasabah dan tidak bercanggah dengan
syarak.Firman Allah SWT yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin
yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah telah melebihkan
orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita dan juga
kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari
harta mereka.” – surah al-Nisa’ ayat 34.

Kadar pemberian nafkah adalah mengikut kemampuan seorang suami dan suami
tidak wajar membebankan dirinya melebihi dari kemampuannya yang sebenar.
Maksud membebankan diri di sini ialah melakukan sesuatu yang melebihi
kemampuan atau di luar upaya suami. Sebagai contoh berhutang dengan
mana-mana pihak bagi merealisasikan kehendak isteri yang melampau.

*Menyediakan rumah untuk isteri*

**Sebenarnya, menyediakan rumah atau tempat perlindungan untuk isteri dan
anak-anak adalah termasuk di bawah kewajipan seorang suami menyediakan
nafkah zahir. Namun, pengalaman saya melayani kerenah ahli masyarakat kita
hari ini yang pelbagai, ada baiknya saya lakukan perincian. Tambahan pula,
banyak kes kekecohan rumahtangga adalah disebabkan kegagalan suami
menjalankan kewajipan menyediakan rumah untuk isteri.

Islam tak menetapkan tentang bentuk atau saiz rumah. Yang penting, ia adalah
di dalam kemampuan suami. Memadailah sebuah rumah yang sesuai dan selesa
bagi menjalani kehidupan seharian sebagai suami isteri seterusnya sebagai
ibu bapa.

*Melayani keperluan seks isteri*


**Ramai yang salah faham tentang layanan seks di dalam sesebuah perkahwinan.
Rata-rata kes, kewajipan melayan keperluan seks diletakkan sepenuhnya kepada
isteri.

Hakikatnya, sebagaimana pentingnya suami memenuhi keperluan material
isterinya, menjadi tanggungjawabnya juga untuk melayani keperluan batin
isteri. Kebiasaannya wanita memiliki sifat pemalu terutamanya untuk
berbincang tentang kehendak seksualnya. Namun, sebenarnya mereka juga
berkehendakkan kepada nikmat kepuasan ketika melakukan persetubuhan
(berjimak), sama seperti suami.

*Bersikap romantik terhadap isteri*

**Tahukah anda, Rasulullah SAW sering mengucup isteri baginda dengan penuh
rasa kasih sayang. Rasulullah SAW pernah mencium isterinya sebelum pergi
menunaikan solat di masjid.Saya tahu, memang ramai yang mencium isteri tapi
berapa kalikah anda mencium isteri anda dengan penuh kasih sayang; bukan
sekadar ciuman selamba atau ciuman penuh ghairah?

Saya akui, budaya ini memang agak asing bagi masyarakat kita. Kenapa jadi
asing? Sebab kita tidak membiasakan diri kita melakukannya. Lantas, ciumlah
isterimu wahai para suami! Bukan membiasakan diri dengan budaya barat
sebaliknya mengikut sunnah Rasulullah SAW. Justeru, apa lagi yang menghalang
anda untuk mencium isteri atau apa-apa juga perlakuan romantik lain?

*Bergurau dengan isteri*

**Rasulullah SAW sering bergurau senda dengan para isterinya. Aisyah r.anha
telah berkata yang bermaksud: “Rasulullah berlumba lari denganku, maka aku
menang ketika itu kerana aku belum gemuk. Kemudian, setelah gemuk aku
berlumba lari dengannya, maka baginda memenanginya. Lalu baginda bersabda:
Kemenangan ini sebagai penebus kekalahan yang lalu.” - hadis riwayat Abu
Daud.

Jika Rasulullah SAW boleh bersenda gurau dengan isteri baginda, kenapa tidak
anda?

*Meluangkan masa bersama isteri*

**Walau sesibuk mana sekalipun menguruskan tugasan, suami tetap perlu
berusaha meluangkan waktu bersama isterinya. Tidak dinafikan, kesibukan
suami di luar rumah dengan kegiatan-kegiatan lain di samping mencari nafkah
menyebabkan dia mengabaikan peranannya sebagai suami. Dia terlupa isterinya
memerlukan belaian manja seorang suami untuk menghiburkan hatinya.

Ada suami yang hanya pulang dengan wajah kelesuan, tidak bermaya dan terus
melelapkan mata tanpa berbual dengan isteri. Yang lebih perit adalah apabila
suami membawa masalah-masalah dari luar dan melepaskan geramnya terhadap
isteri.

Ya!! Isteri anda tahu anda penat. Anda bekerja mencari nafkah untuk
keluarga. Tetapi anda juga harus faham kehendak isteri anda. Kalau sehari
dua tidak dilayan, mungkin boleh ditahan. Tetapi jika selalu saja begitu,
tidak diendah dan dipedulikan? Tambah bila ada orang yang mampu menggantikan
tempat anda. Ingat!! Isteri anda juga adalah manusia biasa. Jangan selalu
mengharapkan pemahaman dan pengertiannya sebaliknya anda sendiri gagal
memahami dan mengerti kehendak dirinya.

Uruskanlah kerja anda dengan baik. Usahakan untuk anda meluangkan masa
bersama isteri anda. Jika Rasulullah SAW mampu meluangkan masa baginda
dengan isteri, kenapa tidak anda?
**
*Wujudkan suasana ibadah dalam rumahtangga
*
Lelaki dipertangungjawabkan oleh Allah SWt sebagai pemimpin keluarga.
Pemimpin yang baik semestinya lah seorang pemimpin yang mengutamakan segala
suruhan-Nya. Lantas, menjadi tanggungjawab seorang suami untuk mewujudkan
suasana ibadah di dalam rumahtangga.

Bagaimana caranya? Paling utama, seorang suami hendaklah mengerjakan segala
suruhan Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya. Solat lima waktu
yang wajib mesti dikerjakan bersungguh-sungguh. Pastikan isteri dan
anak-anak juga mengerjakan solat yang wajib. Malah, satu kelebihan jika anda
sebagai suami dan bapa dapat mengimamkan isteri dan anak-anak anda. Tak
perlu jadi ustaz atau imam, jadilah diri anda sendiri yang sentiasa
mengutamakan tuntutan agama dan keredhaan Ilahi, insyaAllah, perkahwinan dan
rumahtangga anda akan aman harmoni.

*Sentiasa tunjukkan wajah ceria*

**Tidak dapat dinafikan, raut wajah seseorang boleh menggambarkan pelbagai
makna malah mampu mempengaruhi suasana hubungan suami isteri. Wajah yang
ceria semestinya akan dapat menenangkan jiwa isteri. Walau sesusah mana pun
hati anda, cuba juga tampilkan wajah ceria. Masalah di tempat kerja jangan
sesekali dibawa pulang ke rumah kerana ia boleh membantutkan keceriaan
rumahtangga anda. Bukan tak boleh nak bercerita kepada isteri malah
sewajarnya anda berkongsi setiap masalah anda dengan pasangan anda tetapi
anda perlu pastikan luahan anda itu tidak mengganggu keceriaan rumahtangga
anda.

*Menjaga penampilan diri*


**Bukan sahaja wajah yang perlu ceria, suami juga hendaklah menjaga
penampilan diri agar sentiasa kelihatan menarik dan bersih. Hakikatnya,
bukan isteri sahaja perlu berhias untuk suami tetapi para suami juga perlu
berhias dan tampil segak dan kemas di hadapan isteri. Bukan perlu papa untuk
bergaya kemas tetapi cukuplah sekadar sejuk mata memandang. Yang sejuk mata
memandang inilah yang menjadi masalah kepada sesetengah pihak selepas
berkahwin.

Sahabat Rasulullah SAW, Ibnu Abbas r.a pernah menceritakan bahawa Rasulullah
SAW menyuruh beliau tampil kemas dan segak di hadapan isteri: “Sebagaimana
isteri kamu berhias untuk kamu, kamu juga perlu berhias untuk isteri kamu.”

*Bersabar melayani kerenah isteri*


**Wanita sinonim dengan sikap emosional dan suka ikut perasaan. Lantaran
itulah, para suami perlu bersabar ketika menghadapi kerenah dan sikap
isteri.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Nasihatilah wanita dengan baik.
Sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk dan bahagian paling bengkok
dari tulang rusuk adalah bahagian atasnya. Seandainya kamu meluruskannya
bererti kamu mematahkannya dan seandainya kamu biarkan maka ia akan terus
membengkok. Maka, nasihatilah wanita dengan baik.” - hadis riwayat
al-Bukhari.

Hadis ini menegaskan agar setiap suami menasihati isteri dengan cara yang
penuh hikmah dan lemah lembut. Jangan sesekali terburu-buru menggunakan
kekerasan kerana ia bukan sahaja tidak mampu menyelesaikan permasalahan
malah akan memburukkan lagi keadaan.

*Hukum taat dan hormat
*
Seperti huraian di dalam persoalan yang dikemukakan, tanggungjawab seorang
isteri yang paling utama ialah taat dan patuh kepada suaminya. Ketaatan
seorang isteri kepada suami berada di tahap teratas, melebihi segala
ketaatan kepada sesiapa pun juga termasuk ibu dan ayah kandung si isteri
sendiri.

*Persoalannya, apakah semua lelaki bernama suami kini, menepati kelayakan
untuk ditaati dan dihormati sebagai suami?* Saya pecahkan kepada dua
bahagian: taat dan hormat. Taat dan hormat adalah dua perkara berbeza.

Seorang isteri wajib taat kepada segala kata-kata dan arahan suami selagi
kata-kata dan arahan tersebut tidak melanggar saranan dan arahan hukum
syarak. Isteri juga wajib hormatkan suami, menjalankan kewajipan yang wajib
bagi isteri walaupun suami anda tidak berjaya (setelah berusaha sedaya
upayanya) menjalankan peranan dan tanggungjawab yang wajib baginya secara
sepenuhnya.

Ingatlah kaum wanitaku semua, walau siapa pun kita, walau apa juga jawatan
yang kita pegang, walau apa juga gelaran atau bintang yang kita perolehi,
selagi kita bernama isteri, selagi itulah kita perlu hormat, taat dan
cintakan suami sepenuh hati. Bukannya sekadar cinta di kala suami berharta
tetapi cinta sepanjang masa, di waktu senang juga di masa susahnya. Ya, saya
tahu tugas menyara keluarga terletak di bahu suami tetapi dah nama sebagai
isteri dan rakan kongsi suami, kita wajar membantu suami di kala suami susah
dan menghadapi masalah kewangan dan segala masalah lainnya.

Bukannya bererti apabila tanggungjawab nafkah adalah di bahu suami dan
apabila suami menghadapi masalah menunaikan kewajipannya itu, kita harus
angkat kaki ataupun mencari lelaki lain sebagai pengganti. Sewajarnya,
apabila keadaan ini terjadi, kita sebagai isteri menghulurkan bantuan dan
sokongan kepada suami. Bantu selagi daya, sokong segala cara.

Ya… mungkin ada yang bimbang jika bantuan yang diberi disalahgunakan oleh
suami. Risau jika sokongan yang dihulur, disalaherti pula oleh suami.
Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini, rekodkan setiap perbelanjaan
yang kita hulurkan demi bantuan dan sokongan tersebut. Simpan segala bukti,
insyaAllah, bukan meminta tetapi jika berlaku sesuatu yang tidak diingini di
belakang hari, kita dah cukup pertahanan diri.

Persoalan penting juga, apakah tanggungjawab isteri melayani kehendak seks
suami adalah mutlak? Tidak ada rukhsah atau pengecualian?

Hakikatnya, hadis-hadis yang diutarakan dan memang mantap di dalam minda
ramai orang terutama suami, adalah sebagai menunjukkan betapa beratnya
kewajipan isteri di dalam memenuhi kehendak batin suami kerana hanya isteri
sebagai jalan melepaskan nafsu lelaki yang satu itu. Tetapi, bukan bererti
kewajipan tersebut adalah muktamad, tidak ada campur bahagi. Sebenarnya
kewajipan suami isteri di dalam rumahtangga termasuklah hubungan suami
isteri lebih kepada berbentuk tolak ansur.

Matlamat perkahwinan adalah untuk kebahagiaan kedua-dua pihak. Sekiranya
hanya satu pihak merasa bahagia sedang satu pihak lagi tertekan menderita,
tidak ada gunanya perkahwinan yang dianjurkan oleh Islam. Sama juga di dalam
hubungan suami isteri. Ianya untuk kepuasan kedua-dua pihak. Sekiranya si
isteri melakukan di dalam keadaan terpaksa, di mana nikmatnya yang Allah
janjikan untuk pasangan suami isteri tersebut?

Sebab itulah, suami perlu lebih bertolak ansur dan cuba memahami keadaan
isteri.

Satu persoalan lagi, apakah isteri tetap wajib melayani kehendak batin suami
yang sengaja gagal menunaikan tanggungjawab? Hakikatnya, terdapat dua
jawapan bagi soalan ini iaitu ya dan tidak!
# Ya - jika suami anda daripada kalangan yang sukar menahan nafsunya dan
jika anda tidak melayaninya, membolehkan dia terjebak ke lembah maksiat.
# Tidak - jika anda tahu dan yakin dengan penolakan anda itu tidak
menyebabkan suami anda mencari kepuasan di luar.

Ingatlah! Jika suami mengarahkan isteri melakukan sesuatu yang bertentangan
dengan kehendak syarak, maka tika itu, isteri tidak wajar mentaati suami.
Sama juga dengan kehendak batin suami yang sengaja gagal dan tidak
bersungguh-sungguh menunaikan tanggungjawab, kehendak suami ini boleh
ditolak dan isteri tidak akan berdosa sekiranya menolak permintaan suami.
Kenapa? Kerana suami sengaja mengabaikan tanggungjawab. Hadis menyuruh
isteri mentaati suami yang betul-betul seorang suami. Apa maksud betul-betul
seorang suami?

Seorang suami yang betul-betul seorang suami ialah seorang suami yang
berusaha menunaikan tanggungjawab nafkah zahir dan batin seorang isteri,
bukan menunaikan nafkah batin sahaja. Masalahnya, menunaikan kehendak batin
tu, bukan memenuhi kehendak isteri sangat sebenarnya tetapi lebih kepada
memenuhi kehendak sendiri.

Lantas, wahai isteri.. bila suami anda berani menderhaka kepada Allah… maka
anda tidak wajar lagi mentaati mereka. Jika anda, sebagai isteri… kecewa
dengan sikap suami yang mengabaikan tanggungjawab dan tidak mampu atau
enggan memenuhi kehendak seks suami, anda berhak menolak permintaan suami.
Jangan bimbang dengan nusyuz. Anda bukan isteri yang nusyuz semata-mata
enggan menunaikan kehendak suami yang dayus.

Seperti yang katakan tadi, jika tiba satu tahap suami tetap mempergunakan
anda demi kepuasan nafsunya semata-mata dan anda tidak mampu untuk terus
berpura-pura melayani kehendaknya, bertindak lah. Jangan biarkan diri anda
berdosa hanya kerana ingin kekal dalam perkahwinan yang gagal. Pesanan saya
kepada isteri yang mengambil alih tugas suami, simpan segala dokumen atau
resit perbelanjaan anda. Jika suami anda mengambil tindakan kerana anda
menolak ajakannya, anda berpeluang menggunakan semua itu sebagai pertahanan
diri.

*****Wallahua’lam. Harapan saya, persoalan BawangGoreng dan sesiapa saja
yang sewaktu dengannya terjawab. Dapatkan segera BUATMU WANITA! Pelbagai
topik berkaitan dibincangkan secara terperinci di dalamnya. *
Semoga bermanafaat.

--
- BawangGoreng -
http://bawangorengnet.blogspot.com
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih
tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga
kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya
seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul
mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah
segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat
Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Thursday, February 17, 2011

Aku Wanita Biasa

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka kerana cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang kurapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Suluh gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulh gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Padamu Ku Bersujud

Ku menatap dalam gelap
Tiada yang bisa kulihat
Selain hanya nama mu
Ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau berikan ku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hambamu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanmu
Saat kau limpahkan kurniamu dalam
Sunyinya aku bersujud ....

Aku Wanita

Kekadang baris baris lagu juga mampu menyatakan perasaan kita, walaupun tidak banyak namun sedikit sebanyak ada kena mengena dengan diri kita ... :-



Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku meminta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dan yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Apakah salah jika aku meminta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini

Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta selayaknya manusia

Aku wanita yang hanya perlu kau fahami

Tuesday, February 8, 2011

My Son's ..

Inilh permata hati aku, yg menyinari hidupku walaupun kekadang naik darah jgk aku bila semua buat perangai. Mcm rimau betina pun leh jd .. hihihi ... tetapi mereka jugak yang menceriakan hari hari ku .. selain dari hubby aku ler ... !! Sekarang pulak hubby jarang bersama jadi merekalah tempat aku bermanja ... my precious ... my precious ... !!! Putera putera ku .. ADAM DANIAL & ADIB NOH & AKIF SU'AIDI ...





My Little Angel

Kini genap Akif berumur 6 bulan, sekejap jer rasa dh besar anak mama ni. Skrg berat Akif sudah pun mencecah 7kg, skrg dh meniarap pun. Bila dh pandai meniarap ni memanjang jer nak meniarap bila dah penat mulalah mengamuk sb masih belum boleh baring sendiri .. heheheh ! Tapi aku seronok sangat kerana melihat Akif membesar, rasa macam baru semalam aku lahirkan Akif, tup tup dah besar. Maknanya semakin bertambah usiaku ini bukan semakin muda tp semakin tua. Tapi sayang hubby tak dapat melihat Akif membesar kerana jarang bersama kami. Inilah harta yang paling berharga sekali dalam hidup aku dan amanat yang diberikan oleh tuhan kepada aku maka akan aku jalankan tanggungjawab aku kepada amanat yang diberikannya kerana dia mampu memberi dan mengambil. Hargailah amanat yang diberi ini.











Pulang Ke Rumah

Setelah genap 21 hari, akhirnya Akif dapat pulang ke rumah, alhamdulillah keadaan Akif smuanya sihat hendaknya dengan keizinan yang maha esa. Cuma aku kena sentiasa follow the appointment yang telah ditetapkan. Cuma selama Akif tidak mencecah hingga 3 kg aku tidak boleh membawa Akif ke mana mana, umpama shopping mall ke, pendek kata tempat yang ramai manusia yg hingga mampu kentutnya leh bau. Jd bila Akif d kuarantin maka aku pun di kuarantin kan, anyway aku sebagai ibu sanggup berkorban demi anak anak.






My Beloved Little Angel






Akhirnya tanggal 27hb Julai 2010 jam 2.30 pg (x silap akulah x brp ingt .. hehehe ) dengan ditemani hubby tercinta aku selamat melahirkan putera pertama zuriat aku sendiri dengan selamatnya, aku paling gembira apabila terdengar tangisan putera ku .. lantang sungguh tangisannya.

Walaupun anakku dilahirkan dengan tidak cukup bulan dan berat hanya 1.42 kg .. aku bersyukur kerana anak ku dilahirkan dengan keadaan yang sihat dan sempurna. Cuma masih perlu di letakkan didalam incubator didalam wad NICU untuk permerhatian yang lebih teliti untuk jantungnya. Annakku berada didalam incubator selama 21 hari, dan tanggungjawab suamiku setiap hari kena hantar susu yang dipam untuk menambahkan zat lagi untuk anakkku ... susu ibu adalah yang terbaik dari segala susu.

Putera sulungku diberi nama 'AKIF SU'AIDI BIN SYAHRUL AZRI' ... !! Syukur kehadrat illahi ... amin !!!

Hari Yang Di Tunggu

Aku sepatutnya di jangka melahirkan selepas Raya Aidilfitri, tetapi ini smuanya kuasa tuhan, masa ini adalah salah satu kenangan nak kata pahit tidak jugak nak kata manis tidak juga, tapi ketika ini aku keseorangan bersama anak anak aku dan juga bibik yang tinggal di rumah ibu ku di Shah Alam,kebetulan ibu bapa aku tiada dirumah kerana pulang ke Melaka. Hubby ku juga tiada di rumah kerana sibuk sangat nak pi jumpa orang ini dan orang itu (nada marah nie)jadi apa boleh buatkan.

Memang tanggal 25hb July 2010 aku rasa memang tak sedap badan, tetiba cecair coklat asyik juga keluar aku kehairanan jugak sebab memang aku tak pernah kena dengan situasi macam tu. Ntah macam mana aku nak ke tandas (tuk lakukan apa yg patut)tetiba aku rasa air kepanasan laju keluar dari !@#$ aku pelik jugak sebab aku tidak rasa nak buang air kecil pun, lantas aku tersedar bahawa 'air ketumban' aku dah pecah. Walhal ketika itu kandungan aku baru hampir mencecah 7 bulan. Tapi tuhan lebih mengetahuinya, aku aper lagi paknik semacamlah sebab langsung tak ada pengalaman dan tak tahu apa yang harus dilakukan. Bibik aku pulak bukan bagi semangat pada aku padahal dia dah ada 2 org anak pun at least dia dah ada pengalaman, tapi dia pulak yang lebih paknik dari aku .. hampeh tul.

Aku call hubby ku katakan yag air ketumban aku dah pecah, tapi situasi tak mengizinkan hubby pulang cepat sebab dia berada di kawasan yang jauh dari Shah Alam, nasib baik terlintas di akal aku nak call kakak ipar aku yang berada di Subang Jaya at least dia lebih dekat sikit kan, nasib menyebelahi aku .. kakak ipar aku ada di rumah dan lantas meluru datang ke Shah Alam untuk membawa aku ke hospital. Kelakar pun ada time nie, nak gelak pun ada bedebar pun ada ialah bersalin tu.

Dipendekkan cerita akhirnya aku dimasukkan ke Hospital Putrajaya ... aha nak tahu macama mana aku dari Shah Alam leh sampai ke Hospital Putrajaya ? Errmmm nk masuk Hospital yang baru dan canggih ... bukan senang .. hehehe , kebetulan sekali lagi nasib menyebelahi aku .. aku diterima masuk ke Hospital Putrajaya ... after that sesiapa datang nak bersalin semua dihantar ke hospital lain. Memang rezeki anak aku nak lahir di Putrajaya.


Berdebar nie tunggu nak bersalin

Vacation Di Beijing

Walaupun perut masih memboyot aku still nak pergi vacation. Mana boleh mak buyung tinggal sedangkn hubby pi vacation, aku sanggup bawak perut janji aku dapat pergi sama dengan hubby. Kiranya untunglah anak aku baru 4 bulan dh pi jalan ke Beijing lagi. Jadi apa lagi still boleh jalan kita enjoy lah apa lagi.






Mukjizat

Setelah aku pasrah dengan tidak memiliki zuriat sendiri, akhirnya aku dikejutkan dengan satu berita yang tidak pernah aku sangkakan akan berlaku keatas diriku. Setelah aku melakukan pemeriksaan di klinik kerana aku sering sakit kepala. Aku disahkan 'hamil' aku umpama macam tak percaya akan kenyataan doktor itu kerana seolah olah aku dipermainkan pulak rasanya. Aku terkaku seketika nk menangis gembira pun tidak nak ketawa gembira pun tidak umpama aku tersalah dengar pun ada. Tapi takkan aku nak protes kenyataan doktor pulakkan dah tentu dia doktor bukan aku sendiri.

Aku masih belum percaya namun aku amat bersyukur sangat kehadrat illahi kerana masih memberikan aku peluang untuk merasai bagaimana menjadi seorang ibu yang sebenar (mengandung 9 bulan , merasai kesakitan & tendangan bayi didalam perut) inilah hadiah yang paling bermakna dalam hidup aku. Penantian aku selama 8 tahun akhirnya mendatangkan hasil, kini aku hamil anak pertamaku sendiri, zuriatku sendiri. Dalam keadaan yang masih tidak percaya aku ke klinik lain pulak untuk melakukan imbasan untuk mengesahkan lagi kehamilan aku. Setelah di imbas, aku gembira sangat kerana dapat melihat anakku walaupun sebesar kacang hijau ketika itu namun perasaan aku tidak dapat digambarkan.

Seperti biasa aku menjalankan tanggungjawab menjaga kandungan ku dengan berhati hati kerana peluang untuk keguguran amat besar bagi ku kerana msalah yang dihadapi olehku sebelum ini. Semoga anakku akan menjadi insan yang soleh. Amin

My Sister Wedding






Majlis perkahwinan kakakku, majlis yang sederhana sahaja cukuplah sekadar perkara yang penting dilakukan iaitu 'akad' itu adalah lebih penting setakat kenduri tu ala biasa sahaja sudah mencukupi tidak perlu banyak membazri lagipun tidak disukai oleh Allah s.w.t kepada manusia yang selalu membazir akhirnya perkahwinan itu tidak kekal selamanya. Majlis nie pun tidak jemput saudara mara sebelah ayah aku sebab adalah masalah orang orang tua ini. Akhirnya kakakku selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati dia. Aku hanya mampu mendoakan yang terbaik buat dirinya, biarlah perkahwinan ini kekal selamanya.

Monday, February 7, 2011

Aidilfitri 2009

Hari raya yang disambut bersama anak anakku .. !!





My 2nd Little Precious





Mungkin masih belum rezeki aku untuk menimang cahayamata sendiri, setelah Adam berumur 1 tahun .. aku ambil anak angkat yang ke 2 .. mungkin inilah yang ditakdirkan untuk aku .. aku terima seadanya. Ketika ini sememangnya aku telah pasrah jika aku tidak mampu memiliki cahayamata ku sendiri,namun insan kecil ini mampu menerangi hidupku yang hampir malap sebenarnya, aku tidak pernah melihat insan ini sebagai anak insan lain, yang aku nampak inilah anak anak aku walaupun mereka bukan dilahirkan melalui diriku namun aku menerima mereka sebagai anakku sendiri. Inilah amanat tuhan yang harus aku laksanakan kerana aku yang ambil amanat ini jika aku mengabaikan mereka maka berdosalah aku kerana mereka adalah tanggungjawab aku. Semoga tuhan merahmati niatku ini.

Maka inilah anakku yang ke 2 yang diberi nama 'ADIB NOH' semoga anak anakku ini akan menjadi insan yang di redhai Allah s.w.t .. amin !

Umrah

Aku dan hubby pergi mengerjakan 'umrah' kerana sudah terlalu lama niat di hati untuk kami menyahut seruan nya ... aku ingin menyucikan diri dari segala sikap yang buruk .. aku ingin menjadi muslimah yang sejati ..menjadi isteri yang solehah .. dan yang paling aku ingini ialah zuriat dari benih hubby ku dan di besarkan didalam rahimku sendiri .. !! Terlalu indah apabila aku menjejakkan kaki di Mekah .. segala kekalutan didalam diri aku bagaikan angin yang pergi jauh dari ku. Aku begitu tenang sekali seolah olah tiada masalah dalam diriku serta benakku. Hanya yang aku tahu , terus beribadat serta memohon keampunan darinya.

Walaupun semasa aku dalam perjalanan ke Mekah .. hatiku sering bergolak ..adakah aku mampu melakukannya ... adakah ibadatku akan diterima olehnya .. adakah aku dapat melihat 'kaabah' nanti .. bermacam macam persoalan yang bermain dibenakku. Tetapi apabila aku tiba di Mekah .. dan aku dapat melihat 'kaabah' .. dengan serta merta airmata terus mengalir dari kelopak mata ku umpama airmata pun tertunduk apabila melihat 'kaabah'.. Ya ! Allah ... ampunilah segala dosa hambamu yang hina ini. Amin .. !!