Sunday, August 28, 2011

Pengajaran ....

   Hari ini aku di kejutkan dengan satu situasi yang membuatkan aku terfikir begitu ceteknya sikap kasih sayang di antara satu sama lain , aku terfikir begitukah sikap manusia yang mempunyai akal bijak yang dikurniakan oleh Allah s.w.t ?? Jika begitulah sikap manusia yang bijak alangkah baiknya jika Allah s.w.t menarik balik kurniaanya itu dan bagi kurniaan hati dan jiwa yang suci dan bersih . Kini aku bersyukur sangat kerana Allah s.w.t tidak mengurniakan akal yang bijak padaku tetapi memberikan aku perasaan kasih dan nilai yang murni . Biarlah aku tidak bijak namun aku masih mampu menilaikan antara yang baik atau yang buruk . 
   Aku terfikir begitu hinakah insan yang langsung tidak bersalah , kerana bukan kehendaknya tetapi hanya kerana nafsu sarakah insan lain yang dipersalahkan , begitu kejam sekali insan yang tidak mempunyai belas kasihan . Siapakah kita untuk menilai kehidupan mereka .... sedangkan kita sendiri tidak mengetahui samada Allah s.w.t akan menerima segala kebaikan yang kita lakukan selama hayat kita .... adakah kita 100% akan masuk syurga terus apabila ajal tiba nanti .... kekadang kita terlupa bahawa kita hanya manusia biasa . 
   Namun aku tak mampu untuk mengubah sikap insan lain , lebih baik aku mengubah sikap aku agar di terima oleh Allah s.w.t ..... tetapi aku akan mengambil pengajaran dari sikap insan lain .... kerana aku hanya manusia biasa segala perjalanan hidupku telah ditetapkan oleh nya .... semoga Allah s.w.t merahmati hidup ku serta amanah yang telah diberikan kepadaku ..... aminnnn . Wahai insan d muka bumi ini renung renungkanlah ... taubatlah serta lakukan kebaikan sebelum ajal menjemput kita . 

Kesedaran ... Sedarlah Wahai Manusia

   Mengapa harus sebahagian manusia d muka bumi ada mempunyai sikap umpama syaitan bertopengkan manusia .... mengapa begitu kejam sikap segelintir manusia d muka bumi ini .... tidak wujud kah sikap kasih sayang ataupun belas kasihan di dalam hati segelintir manusia ? Mengapa ada ketika begitu baik umpama malaikat menunjukkan begitu mulia hati nya ... tetapi bila tiba masanya melaikat itu bertukar menjadi syaitan yg tidak berperikemanusiaan .
   Begitulah sikap manusia yang tidak mampu untuk berfikir secara rasional ... nafsu menguasai diri .... terfikirkah kita bahawa mungkin mlm ini atau esok tetiba kita akan mati ... sempatkah kita bertaubat dengan segala kesalahan yang kita lakukan .... tak terkilankah dengan apa yang telah kita lakukan sebelum ajal tiba .... adakah kita terlalu yakin kita tidak akan mati dengan cepat .... adakah kita terlalu yakin ajal kita lambat lagi .... adakah kita begitu yakin kita akan masuk syurga .... namun kita jangan terlalu yakin kerana ajal maut hanya ketentuan illahi .... jangan kita terlalu yakin kita telah melakukan yang sempurna di dunia ini .... yang memastikan kita akan masuk syurga ....
   Setiap manusia d muka bumi yang sementara ini masih mempunyai 1000 kelemahan yang tidak pernah terlihat oleh diri sendiri .... mengapakah insan yang lemah selalu menjadi mangsa .... mengapakah insan yang lemah juga yang selalu menjadi mangsa ketidak puasan hati .... " Ya Allah berikanlah pengajaran mahupun balasan yang setimpal kepada manusia yang bersikap sedemikian .... biar mereka sedar bukan mereka yang berkuasa d muka bumi ini .... segala perjalanan hidup manusia ini hanya ketentuanmu ... "
   Terlalu sedih melihat manusia bersikap begitu .... walaupun mempunyai akal yg telah di anugerahkan namun nafsu syaitan lebih menguasai diri .... betapa rendahnya martabat mereka .... sedangkan makhluk lain d atas muka bumi yang tidak diberikan akal masih mempunyai sikap kasih sayang .... namun kita sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran tidak mempunyai sikap sedemikian .  Masih ada lagi konsep pilih kasih di golongan masyarakat kini .... namun kita lupa semakin hari kita semakin tua mungkin hari ini hari kita .... apabila umur kita semakin tua itulah masa mereka ..... ketika itulah baru kita menyesali sikap kita sebelum ini . Manusia kini mudah lupa bahawa kita hanya menumpang d muka bumi tuhan ini ..... kita tidak akan kekal selamanya d sini .
   Beringatlah segala perbuatan kita d dunia ini ada balasannya kelak tidak d terima d dunia akan d terima d akhirat kelak ..... d atas segala perbuatan kita terhadap insan lain tidak kisah tua , muda mahupun kanak kanak ..... harus beringat juga kanak kanak adalah satu amanah yang diberikan kepada kita oleh yang maha esa .... walau bagaimanapun cara kelahiran kanak kanak itu ..... kerana bukan kehendak mereka untuk d lahirkan sedemikian . Kita yg tua harus mengikut akal yang waras bukannya nafsu jahat yang ada didalam diri . Renung renungkanlah bersama jangan hanya mempunyai akal yang bijak tetapi jahil dari segi keperimanusiaan ..... bersama samalah kita membaiki kepada kebaikan bukannya kejahatan . Semoga tuhan menerima segala kebaikan dan mengampuni kesalahan kita .... aminnn !!!

Renung renungkanlah ...... !!!!

Monday, August 22, 2011

Memek Muka Adam & Adib ...






Ini gelagat memek muka abang long & abang ngah pula .... dia orang pun jeles bila adik buat memek muka ... 

Memek Muka Akif ....










Walaupun demam atau tidak ... memek 'bucuk' tak pernah hilang ... pandai beraksi anak mama nie ye ... lihat lah memek wajah anak bongsu ku ini .... jeng .. jeng .. jeng ... !

Pakaian Untuk Hari Raya Aidilfitri ...


Gembiranya Akif bila dapat baju raya ... kiranya tahun nielah Akif genap 1 tahun ... baru boleh bergaya sakan untuk raya nanti .... !!! ( ala ala mualaf anakku nie .. heheh )

Akif kata lengan baju panjang sangat lah mama ... abang ngah control macho jer kat belakang tu ...

 Abang long mula mula malu nak ambil gambar ... bila di pujuk siap berposing lagi nak tunjuk baju raya ... 

Inilah dia ... abang long dari jawo ... abang ngah dari pakistani ... adik laks mualaf .... wah mama ada anak satu dunia bukan satu malaysia ... hehehehe

Mama , Adam & Adib Birthday !!!

 Ada jugak yang sudi belikan kek untuk meraikan hari jadi kami bertiga .... thanx kak long or mak long ... !


Tak sempat nak tiup lilin ... 

Akif Sibuk Nk Berjalan ...!



Sibuk nk berlatih berjalan sb nak pakai baju raya nanti ...

Saturday, August 20, 2011

Tak Mampu Kehilangan Cinta


Tak Mampu Kehilangan Cinta


Ketika  kedua suami isteri itu baru berpindah ke bandar, hidup mereka penuh ceria, penuh dengan gurau mesra.
Ada masa makan bersama, ada masa solat berjemaah bersama.
Walaupun pendapatan masih kecil kerana perniagaan yang mereka usahakan belum menjadi, tetapi mereka mengharungi kehidupan dengan seadanya.
Sikap saling memahami dan bertimbang rasa jelas terpancar.
Di kejauhan malam atau pada awal pagi sudah kedengaran suara mereka berdua bergurau dan berbual  dengan mesranya.

Minggu demi minggu, bulan demi bulan dan akhirnya beberapa tahun mula berlalu. Perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan dahulu semakin maju.
Untuk menguruskan perniagaan yang semakin berkembang, suami adakalanya pulang lewat petang. Manakala si isteri yang juga memulakan pernigaannya sendiri pun semakin sibuk.
Anak-anak pun semakin jarang bertemu dan berbual mesra dengan mereka berdua.
Namun, alhamdulillah keadaan ekonomi keluarga bertambah baik.
Mereka telah berpindah dari rumah yang sempit ke rumah yang lebih luas. Sekarang keluarga itu telah memiliki kereta yang besar.
Bukan sebuah, tetapi dua buah – sebuah untuk suami, sebuah lagi untuk isteri.
Entah kenapa, kemesraan yang dahulu semakin hilang.
Suami semakin leka dengan kawan-kawan seperniagaan dan pelanggannya. Manakala si isteri juga sibuk mempromosi produk jualannya.
Solat berjemaah, makan berjemaah yang dulunya menjadi tradisi semakin jarang dilakukan.
Apatah lagi untuk melihat suami memberi sedikit tazkirah untuk anak-anak dan kemudian keluarga itu saling bermaafan bersama seperti dahulu... hampir tidak pernah lagi.
Benarlah kata bijak pandai, apabila kita mendapat sesuatu, maka pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu.
Kita tidak akan dapat kedua-duanya pada satu masa.
Justeru, pesan bijak pandai lagi, pastikan apa yang kita dapat lebih berharga daripada apa yang kita hilang.
Keluarga tadi mendapat apa yang mereka cari kemewahan dan keselesaan hidup, tetapi pada masa yang sama mereka sudah hilang kemesraan dan keharmonian dalam kehidupan berumah tangga.
Jika ditanyakan kepada hati nurani kita yang paling dalam, antara keduanya yang mana lebih berharga? Kemewahan hidup atau kerukunan rumahtanga? Tentu kita akan menjawab, kerukunan rumahtangga.
Bukankah kita mencari rezeki dan segala kemewahan hidup untuk  membina sebuah keluarga yang bahagia?
Jika si suami ditanya, untuk apa kamu bertungkus-lumus bekerja siang dan malam?
Tentu jawabnya, kerana isteri aku! Begitulah juga jika ditanyakan kepada si isteri, tentu jawabnya kerana suami.
Dan jika ditanya kepada kedua ibu-bapa itu, untuk apa mereka berusaha, nescaya kita akan dapat jawapannya... demi anak-anak.
Malangnya, mereka dan kita sering tertipu, betapa ramai yang melupakan isteri, meminggirkan suami dan mengabaikan anak-anak semasa mencari kemewahan dan keselesaan hidup?
Kita sering terlupa yang kemewahan hidup - harta, rumah, kereta dan sebagainya bukan matlamat tetapi hanya alat dalam kehidupan ini.
Kita memburu alat untuk mencapai matlamat.
Ertinya, harta dan segalanya itu adalah untuk membahagiakan rumahtangga kita. Begitulah sewajarnya.
Namun, apa yang sering berlaku adalah kita sering tertukar. Alat jadi matlamat, matlamat menjadi alat.
Kebahagian rumahtangga sering jadi pertaruhan dan acapkali tergadai dalam keghairahan kita memburu kemewahan hidup.
Kita berkerja demi anak-anak, anehnya anak-anak kita abaikan semasa bertungkus lumus bekerja. Kita tidak sedar. Kita terus memburu dan memburu.
Bangun dari tidur, berkemas dan terus bekerja. Hampir senja baru pulang. Tidak cukup dengan itu ada lagi kerja yang kita bawa pulang ke rumah.
Tidak cukup lagi, kita keluar pula bertemu pelanggan dalam kerja-kerja 'part time'.
Begitulah kita hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan akhir bertahun-tahun.
Tiba-tiba kita tersentak, mengapa kita sudah jarang menikmati senyum dan gurauan isteri?
Mengapa kita sudah jarang mendapat sentuhan dan belaian suami?
Mengapa ketawa dan gurau senda sudah semakin hilang dalam rumah tangga?
Pada ketika itu, hati yang degil masih mampu memberi alasan. Aku sibuk. Aku sedang mengejar kejayaan dalam profesionalisme.
Sedikit masa lagi, perniagaan ku semakin menjadi.
Nantilah, bila segalanya sudah stabil aku akan kembali serius membina keharmonian keluarga. Nantilah, aku akan ini, aku akan ini...
Begitulah selalunya diri kita memberi alasan. Hati memberi justifikasi yang bukan-bukan.
Dan kita terus selesa dengan alasan, biarlah suami, isteri atau anak-anak berkorban sementara, nantilah kita akan bahagia!
Jangan keliru. Bahagia itu bukan hanya di hujung jalan tetapi bahagia itu ada di sepanjang jalan.
Temuilah bahagia ketika kita mencarinya.  Carilah bahagia yang di sepanjang jalan itu dengan menggenggam rasa cinta sentiasa dan selamanya.
Carilah harta, tetapi genggamlah cinta. Carilah kemewahan hidup tetapi peluklah cinta itu sekuat-kuatnya. Jangan diabaikan cinta itu walau sekelip pun. Maknanya, tunaikanlah hukum-hukum cinta dalam apa jua pun keadaan.
Hukum-Hukum Cinta
Antara hukum cinta yang paling diutamakan adalah: Cinta itu memberi, cinta itu mendengar, cinta itu berkorban, cinta itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan dan cinta itu memaafkan.
Contohnya, jangan kesibukan menyebabkan kita jarang lagi memberi masa, perhatian, senyuman, nasihat dan doa kepada pasangan kita.
Jangan hanya mengucapkan kalimah-kalimah cinta yang bersifat 'kosmetik' semata-mata. Tetapi luahkan dalam bentuk perbuatan dan tindakan yang dapat dilihat dan dirasakan.
Dan paling penting, jangan sekali-kali diabaikan cinta suci yang menghubungkan cinta antara suami dan isteri.
Cinta itu adalah cinta Allah! Jagalah cinta kita kepada Allah, insya-Allah, Allah akan terus menyuburkan cinta kita suami isteri.
Allah akan berikan hidayah dan taufik ke dalam hati kita untuk terus berpegang pada matlamat.
Kita akan sentiasa beringat bahawa dunia dan segala isinya ini hanya alat untuk memburu cinta Allah. Dan hanya dengan memburu cinta Allah maka cinta kita sesama suami isteri akan dikekalkan-Nya.
Dunia ini umpama lautan, ramai orang yang memburunya ditenggelamkan.
Dunia ini menipu daya, ramai pula manusia yang ditipunya. Betapa ramai orang yang memburu dunia dengan menggadaikan sesuatu yang menjadi miliknya yang sangat berharga.
Iman, kasih saying, cinta sering dilemparkan orang dilitar perlumbaan memburu dunia.
Dunia tidak salah, selagi kita memburunya dengan niat untuk beribadah. Kita jadikan dia alat untuk memburu kebahagiaan akhirat.
Jadilah dunia umpama kebun yang kita pagar, kita bersihkan dan kita tanam dengan pohon-pohon kebaikan yang hasilnya kita tuai di akhirat.
Jadilah dunia umpama jambatan yang kita lalui.
Pastikan ia teguh, kukuh tetapi kita tidak akan berlama-lama di situ... ia hanya jambatan. Tidak ada orang yang membina rumah di atas jambatan. Rumah kita yang hakiki ialah di syurga.
Jika ada rasa-rasa itu di dalam jiwa ketika kita memburu karier, kejayaan dalam perniagaan dan apa jua aktiviti keduaniaan, insya-Allah cinta dan kasih sayang tidak akan diabaikan.
Orang yang ada di dalam hatinya cinta Allah, sentiasa ada ruang yang lapang untuk mencintai sesama manusia lebih-lebih lagi suami, isteri dan anak-anaknya.
Dengan cinta itu kita akan menyelamatkan semua keluarga kita daripada neraka akhirat.
Dan neraka di akhirat itu hanya akan dapat kita hindari jika kita berjaya menyelamatkan diri dan keluarga kita daripada neraka dunia.
Apakah neraka dunia itu? Nereka dunia itu ialah hilangnya kasih sayang di tengah-tengah rumah yang besar.
Pudarnya cahaya wajah dan ketenangan hati di tengah sinar lampu yang beribu-ribu ringgit harganya di tengah ruang tamu rumah yang besar itu.
Dan hambarnya perbualan di dalam kereta mewah yang sering bertukar ganti.
Yang ketawa ria ialah pelakon-pelakon di dalam filem yang kita tonton, tetapi hati kita semakin kosong, gersang dan sayu entah apa puncanya!
Lihatlah Rasulullah SAW. Betapa sibuknya baginda... tetapi masih ada masa berlumba lari bersama Aisyah isterinya.
Betapa besar perjuangannya... tetapi masih mampu meluangkan masa bersama isteri yang hendak melihat tarian dan permainan pedang di suatu Hari Raya.
Ketika baginda kaya, dikorbankannya harta... kerana baginda tidak kehilangan cinta.
Ketika baginda miskin... dihadapinya dengan sabar kerana di dalam hatinya tetap ada cinta. Baginda tidak pernah kehilangan cinta kerana di dalam hatinya ada cinta yang lebih besar... cinta Allah!
Ayuh Intai-Intai Semula
Justeru, intai-intailah semula cinta di dalam rumah tangga kita. Masih bersinar atau sudah pudar? Jika sudah pudar, ayuh muhasabah kembali di mana puncanya? Apakah yang kita garap hingga kita sanggup menggadaikannya?
Ayuh, lihat kembali 'di mana Allah' dalam rumah tangga kita? Di mana solat jemaah, di mana zikir, di mana tazkirah, di mana sadakah, di mana bacaan Al Quran...
Di manakah semua 'ayat-ayat cinta' itu dalam rumah yang mungkin sudah semakin luas, kereta yang semakin mahal, makanan yang semakin lazat, tabungan kewangan yang semakin banyak?
Dan pandang wajah isteri, renung wajah suami... tatap lama-lama.
Bila kita terakhir kita bertentangan mata dalam keadaan yang paling tenang, harmoni dan syahdu? Sekali lagi bila?
Bukankah mata itu jendela bagi hati. Pertautan mata petanda pertautan hati?
Atau kita hanya melihat sekadar imbasan, tolehan dan pandangan, tanpa ada rasa cinta, kasih, mesra, kasihan, simpati, empati dan lain-lain perisa hati?
Apakah kita secara tidak sedar telah bertukar menjadi 'haiwan berteknologi' dalam belantara dunia meterialisma yang semakin ketandusan cinta?
Lalu, di kejauhan destinasi ketika sibuk menguruskan kerja atau perniagaan, sudi apalah kiranya suami atau isteri menghulurkan gugusan doa-doa yang paling kudus untuk pasangannya?
Atau ketika dia pulang nanti, kita sapa tangannya dan bersalam penuh mesra lantas  berdakapan dengan hati yang terus berkata-kata, "inilah teman ku di dunia untuk menuju syurga!" Inilah yang semakin hilang dalam rumah tangga kini.
Kita memburu tanpa sedar bahawa kitalah yang sebenarnya diburu.
Diburu oleh kesibukan yang tiada penghujung, keresahan yang tiada penawar. Kekosongan yang tidak dapat  di isi. Kerana hati tanpa cinta... adalah hati yang mati!
Carilah cinta kita yang hilang. Insya-Allah kita akan temuinya semula cinta itu di tempat, suasana dan masa ketika kita mula-mula menemuinya dahulu.
Bukankah kita bertemu kerana Allah? Bukankah yang menyatukan kita kalimah-Nya?
Bukankah tempat termaktubnya lafaz akad dan nikah di rumah Allah? Kembalilah ke sana.
Carilah kekuatan itu semula. Tidak ada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa-Nya. Dan tidak ada hati yang paling waja hingga mampu bertahan terhadap tipuan dunia tanpa cinta.
Renunglah mata isteri atau suami mu, carilah cinta itu di situ. Masih ada? Atau telah tiada?
Dan kemudian genggam erat tangannya. Mari kita cari semula cinta yang hilang itu bersama-sama!