Wednesday, September 28, 2011

Wajah Kesayangan Hamba



Chomel Tak Saya .... Hero Mama









Aksi Papa & Hero Hero Nya ....




Kenangan Hari Raya 2011


Gambar family ku tuk raya 2011 ini sekejap sahaja rasanya anak anak membesar depan mata , seronok sangat melihat anak anak .... tahun nie tema purple .... tahun depan merah pula ... heheheh



Me with hubby d sampin my parents ... Mr. Hashim Ali & Mrs. Norhan Hani ...

Hari Raya Aidilfitri 2011

Kenangan d hari raya tahun ini , harap tahun depan akan di sambut dengan meriahnya ... insyaallah ... amin
















Kelatah Akif Bila Dh Pandai Nk Berjalan


Inilah gelagat Akif bila dh sibuk nak berjalan .... habis satu shopping complex dia redah ....

Potong Kuku Ikut Sunah Nabi





Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..


sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.

credit to the uploader

Sampaikan walau hanya 1 ayat...

4 Golongan Lelaki Yang Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita



Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!

Sunday, September 11, 2011

Yang Terindah Hanya Sementara

   Segala kegembiraanku kini telah diragut hari ini ... senyumanku juga tercalar , mimpi mimpi indahku juga di ragut ... aku benar benar tersentap dengan perubahan yg tidak aku sangka sama sekali . Bagaimana harus aku abadikan segala keindahan yg aku miliki jika ianya telah disentap sama sekali dengan sikap lamanya itu . Aduh .. aku benar benar dibunuh ... mengapa semua ini harus aku lalui ... mengapa segala kepahitan harus aku telan ... tidak boleh kah aku merasai kemanisan walaupun seketika .... mengapa dia harus mengembalikan nostalgia yg benar benar tidak aku ingini .... berdosakah aku jika aku hanya inginkan kegembiraan walaupun ianya hanya sekecil zarah .... ???
   Aku hanya seorang insan yg lemah , umpama sekuntum bunga yg perlu disiram dan dibelai agar tidak layu berguguran .... namun mampukah aku untuk menjadi sekuntum bunga yg sentiasa kembang selamanya .... ??? Kemanisan hidupku disentap satu persatu ... jika sap yg berkepul kepul keluar dari mulut mampu menyelesaikan setiap masalah yg ada ... aku sanggup untuk keluarkan asap dari mulutku setiap hari ... akan ku praktikannya ... lagipun aku umpama jasad yang tidak bernyawa .... segala tingkah laku ku akan menjadi satu alasan di atas segala permasalahan yg timbul .... namun adakah ini semua kehendak ku ????????? Bukan aku yg menjadikan masalah ini berlaku .... tetapi mengapa aku yg sering menjadi mangsanya .... ??????????? Apakah salahku apakah dosaku .... !!!!!!!!!!!!
   Aku sendiri tidak tahu bagaimana dengan perjalanan hidupku kelak .... aku hanya mampu berdiam dan mengikut rentak yg telah di susunkan .... !!! Masih adakah sinaran dalam hidupku ... masih adakah kegembiraan dalam hidupku .... masih adakah kenangan indah malam ku .... !!!! Persoalan inilah yg sering bermain di akal fikiranku .... namun hari ini kenangan indah malam ku telah dirampas .... oleh insan yg tidak pernah memikirkan akan hati dan perasaan ku .... keindahan merah jambu yg bersih itu akan menjadi gelap hitam kerana di lakukan oleh asap yg keluar dari mulut .... ohh itulah kebencianku selama ini namun ianya juga menjadi pujaan setiap manusia .
   Kini aku lemah .. selemah lemahnya ... aku benar benar tidak bermaya ... masih adakah insan yg benar benar mencintai diri ku ini ... ya ! allah hanya padamu ku memohon petunjuk serta hidayah mu ... kuatkanlah semangatku ini ... aminnn