Friday, July 29, 2011

Cemburu


CEMBURU...biasa bagi seorang wanita.


Saidatina 'Aisyah amat cemburu kpd Rasulallah SAW.

Pada suatu malam ketika 'Aisyah RA sedang tidur,Rasulallah SAW bangun untuk membuang air besar diluar rumah. Apabila 'Aisyah tarjaga didapati Rasulallah SAW tiada di sebelahnya, lalu ia bangun mengunci pintu.
Sementara itu Rasulallah SAW selelesai membuang air besar terus menuju rumahnya dan terus menolak pintu, didapati pintu berkunci dari dalam. Baginda mengetuk pintu sambil memberi salam hingga berkali2. Kemudian barulah 'Aisyah menjawab salam dan datang kearah pintu lalu berkata;

Aisyah:" Siapa diluar itu ?"
Nabi SAW: "Aku, Muhammad".
'Aisyah : "Dari mana ?"
Nabi SAW: "Dari tandas,buang air besar"
'Aisyah : "Apa ,benar dari tandas?"

Setelah itu 'Aisyah membuka pintu lalu Nabi SAW masuk kerumah dan mengucup istrinya.

Lihat bagaimana Nabi SAW menyelesaikan masaalah istri yg cemburu, Baginda tidak marah sebaliknya Baginda * MENYANTUNINYA DGN KASIH SAYANG.*

Thursday, July 28, 2011

Hidup Di Dunia Ini Pinjaman Sahaja



Kehidupan di dunia ini pinjaman semata-mata. Orang yang bijak akan menjadikan dunia ini laluan semata-mata, seumpama tidak ubah orang yang menyemai, bakal dituai di akhirat kelak. Itulah orang yang mendapat hidayah Allah, mentaati perintah-Nya dan menjauhi segala larangannya.   Apabila seseorang itu hampir tiba ajalnya, maka Allah akan memerintahkan malaikat maut mengambil nyawanya. Ketika itu malaikat akan tahu bila seseorang itu akan mati, di mana dan dalam keadaan bagaimana. Sebelum itu malaikat tidak tahu. Sebelum mati, ia akan didatangi oleh malaikat maut yang membawa salam daripada Allah, petanda kasih Allah, menjemput kekasih-Nya kembali menemui-Nya.   Setiap orang mempunyai ketentuan ajal masing-masing. Apabila kematian seseorang itu telah ditentukan, maka ajal itu akan datang, tidak berganjak, terdahulu atau terkemudian daripada tarikh yang telah ditetapkan. Itulah ketentuan daripada Allah yang tidak dapat diingkari oleh manusia. Allah mahukan agar setiap hamba-Nya reda dengan qadak dan qadar ketentuan Allah.   Manusia hidup perlu berjuang. Mempunyai tanggungjawab yang mesti dipikul, untuk diri sendiri, keluarga, agama dan negara. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Yang terbaik menang, dan yang leka akan tinggal ke belakang. Itulah adat perjuangan. Kekayaan yang dimiliki, anggota tubuh badan yang dinikmati mesti digunakan sebaik mungkin, termasuk usia yang diberi.   Semuanya akan ditanya oleh Allah, untuk apa, bagaimana dan kenapa ia digunakan. Mereka yang terpesona dengan keindahan dunia akan hanyut di bawah tekanan dan kekangan nafsu. Kerana itu, selagi nyawa ada di badan, perjuangan mesti diteruskan.   Orang yang beriman menggunakan segala amanah yang diberi oleh Allah sebaik mungkin, sentiasa bersedia menghadapi mati, lantaran mati itu boleh berlaku pada bila-bila masa menurut ketentuan Allah.    

Tuesday, July 26, 2011

Birthday Party Akif

Hari Jadi Akif Su'aidi Bin Syahrul Azri

  Esok genaplah anak bongsuku umurnya setahun , pejam celik pejam celik sekejap jer dh setahun umur akif , dari awal kelahiran sebesar sekampit gula sahaja hingga ke hari ini sudah seberat melebihi sekampit beras pulak . Begitu cepat masa berlalu namun aku amat bersyukur sangat kehadrat illahi kerana memberikan aku peluang serta kesihatan yang baik sehingga aku mampu melihat akif membesar di depan mataku sendiri .
  Selama 8 tahun penantianku , x sangka dh 1 tahun aku membesarkan akif . Walaupun aku letih melayan kerenah serta gelagatnya tp smua amat berbaloi bila aku dapat melihat akif membesar . Tiada kegembiraan lain selain dapat melihat anak 2 membesar .






Gelagat Anak Anak Dihadapan Kamera








Keceriaan Si Comel

Seronok bila melihat keceriaan di wajah si comel bila keadaan dirinya semakin pulih , alhamdulillah syukur kehadrat illahi kerana sentiasa mengasihi hambanya . Amin .





Akif Masuk Wad

 Mlm masuk wad lepas d inject ubat tidur .. cian akif

 Dekat tangan dah penuh dengan bekas cucuk jadi terpaksalah cucuk antibiotik d kaki

 Hari ke 2 dh nampak ceria sikit kahak dh banyak di sedut

 Baru boleh nampak senyuman akif ... jika x asyik nangis ajer sb susah nk bernafas

 Sempat bye bye sebelum nak tidur ...

Kaki pun jadilah ....

Dugaan Kehidupan

  Akhirnya aku dpt kembali megemaskini kan semula blog aku setelah sepurnama aku menyepi seketika , selama penyepian aku seketika berbagai - bagai dugaan yang menimpa kehidupan aku . Dengan dugaan kesihatan anak bongsu aku .. dengan dugaan kerenah suami aku  , dugaan kehidupan aku sendiri dan banyak lagi dugaan yang menimpa aku sejak kebelakangan nie .
  Jika aku renung dan bersendirian sememangya aku lemah dan hampir rebah untuk aku terus mengahdapi dugaan ini yang datangnya bertubi tubi . Aku keseorangan meredah segala dugaan ini , tiada siapa yang memberikan semangat pada aku , namun apbila aku melihat anak anakku tetiba semangat aku timbul kembali semuanya demi anak anakku iaitu amanah Allah s.w.t yang diberikan kepada aku . Jika aku x mampu menjaga amanah yang telah diberikan nescaya hidup ku di dunia dan akhirat tidak akan di redhai oleh Allah s.w.t kerana amanah Allah s.w.t ini tiada ternilai harganya ... hanya Allah s.w.t. yang mampu memberikan amanah ini kepada setiap umatnya .
  Aku bersendirian tabah menghadapi dugaan ini , walaupun aku masih mempunyai insan di sisi tetapi sering aku diabaikan ,  segala galanya aku pendamkan kerana yang terindah itu hanya sementara , tidak pernah kekal untuk selama lamanya . Harumnya sekuntum bunga hanya seketika apabila madunya dihisap maka sepahnya akan dibuang tanpa belaian dan keharumannya lagi . Sang kumbang akan menghidu bunganya apabila masih harum dan masih segar apbila harumnya serta madunya berkurangan maka sang kumbang akan menjarakkan dirinya sejauh yang mungkin .
   Setiap manusia diatas muka bumi ini akan mengalami perkara yang sedemikian , jarang sekali kita mampu melihat sang kumbang akan menghidu bunga selama lamanya walaupun harum serta madunya sudah tiada . Setiap manusia akan lalai serta alpha akan dengan mencari harta di dunia sehingga terlupa akan harta yang tiada ternilainya yang akan bersama kita hingga akhir hayat .
  Setiap insan yang jujur atau sang pencinta yang hanya jujur pada seseorang sering teraniaya , adakah masih ada insan yang ingin hanya sehidup semati dengan pasangannya walaupun seribu berlian yang datang menjenguk . Masih adakah insan yang begitu kuat imannya walaupun berjuta harta berada di hadapannya . Masih adakah sang suami yang begitu menyayangi isterinya yang satu hingga ke akhir hayatnya walaupun sejuta jelitawan yang datang menggoda . Masih adakah sang suami yang begitu jujur dengan isterinya tanpa ada niat lain didalam hatinya walaupun seburuk mana isterinya .
  Inilah persoalan yang sering bermain di akal fikiran aku ini , wujudkah manusia yang ada mempunyai sikap Nabi Muhammad s.a.w . Aku sendiri masih tertanya tanya bagaimana akan perjalanan kehidupan aku ini ,
adakah percintaan aku ini akan berakhir hingga maut yang dapat memisahkan aku dan suami . Inilah yang aku mahu namun aku tiada kepastian dari lelaki yang aku kasihi adakah dia juga berfikiran sama dengan aku ... atau harta akan membutakan matanya sehingga tidak dapat melihat aku kelak hanya yang nampak berlian yang berkilauan ... segala galanya aku berserah kepada yang maha esa kerana aku hanya mampu merancang tetapi dialah yang akan menentukannya termasuklah hidup mati setiap manusia di muka bumi ini .
  Semoga Allah s.w.t sentiasa merahmati setiap manusia yang tidak pernah lupa akan padanya . Mencintai dan mendekatkan diri kepadanya lebih baik dari mencintai sesama manusia yang belum tentu sebenar benarnya mencintai diri kita , sedangkan Allah s.w.t sentiasa mencintai hambanya yang sentiasa mengingatinya .
  Sama samalah kita renung renungkan serta memperbaiki kesilapan serta kealpaan kita selama ini selagi hayat kita masih ada . Lagipun kita mati hanya sekali , sempat atau tidak untuk bertaubat hanya dia sahaja yang mengetahui maka bertaubat sebelum terlambat .