Akhirnya aku dpt kembali megemaskini kan semula blog aku setelah sepurnama aku menyepi seketika , selama penyepian aku seketika berbagai - bagai dugaan yang menimpa kehidupan aku . Dengan dugaan kesihatan anak bongsu aku .. dengan dugaan kerenah suami aku , dugaan kehidupan aku sendiri dan banyak lagi dugaan yang menimpa aku sejak kebelakangan nie .
Jika aku renung dan bersendirian sememangya aku lemah dan hampir rebah untuk aku terus mengahdapi dugaan ini yang datangnya bertubi tubi . Aku keseorangan meredah segala dugaan ini , tiada siapa yang memberikan semangat pada aku , namun apbila aku melihat anak anakku tetiba semangat aku timbul kembali semuanya demi anak anakku iaitu amanah Allah s.w.t yang diberikan kepada aku . Jika aku x mampu menjaga amanah yang telah diberikan nescaya hidup ku di dunia dan akhirat tidak akan di redhai oleh Allah s.w.t kerana amanah Allah s.w.t ini tiada ternilai harganya ... hanya Allah s.w.t. yang mampu memberikan amanah ini kepada setiap umatnya .
Aku bersendirian tabah menghadapi dugaan ini , walaupun aku masih mempunyai insan di sisi tetapi sering aku diabaikan , segala galanya aku pendamkan kerana yang terindah itu hanya sementara , tidak pernah kekal untuk selama lamanya . Harumnya sekuntum bunga hanya seketika apabila madunya dihisap maka sepahnya akan dibuang tanpa belaian dan keharumannya lagi . Sang kumbang akan menghidu bunganya apabila masih harum dan masih segar apbila harumnya serta madunya berkurangan maka sang kumbang akan menjarakkan dirinya sejauh yang mungkin .
Setiap manusia diatas muka bumi ini akan mengalami perkara yang sedemikian , jarang sekali kita mampu melihat sang kumbang akan menghidu bunga selama lamanya walaupun harum serta madunya sudah tiada . Setiap manusia akan lalai serta alpha akan dengan mencari harta di dunia sehingga terlupa akan harta yang tiada ternilainya yang akan bersama kita hingga akhir hayat .
Setiap insan yang jujur atau sang pencinta yang hanya jujur pada seseorang sering teraniaya , adakah masih ada insan yang ingin hanya sehidup semati dengan pasangannya walaupun seribu berlian yang datang menjenguk . Masih adakah insan yang begitu kuat imannya walaupun berjuta harta berada di hadapannya . Masih adakah sang suami yang begitu menyayangi isterinya yang satu hingga ke akhir hayatnya walaupun sejuta jelitawan yang datang menggoda . Masih adakah sang suami yang begitu jujur dengan isterinya tanpa ada niat lain didalam hatinya walaupun seburuk mana isterinya .
Inilah persoalan yang sering bermain di akal fikiran aku ini , wujudkah manusia yang ada mempunyai sikap Nabi Muhammad s.a.w . Aku sendiri masih tertanya tanya bagaimana akan perjalanan kehidupan aku ini ,
adakah percintaan aku ini akan berakhir hingga maut yang dapat memisahkan aku dan suami . Inilah yang aku mahu namun aku tiada kepastian dari lelaki yang aku kasihi adakah dia juga berfikiran sama dengan aku ... atau harta akan membutakan matanya sehingga tidak dapat melihat aku kelak hanya yang nampak berlian yang berkilauan ... segala galanya aku berserah kepada yang maha esa kerana aku hanya mampu merancang tetapi dialah yang akan menentukannya termasuklah hidup mati setiap manusia di muka bumi ini .
Semoga Allah s.w.t sentiasa merahmati setiap manusia yang tidak pernah lupa akan padanya . Mencintai dan mendekatkan diri kepadanya lebih baik dari mencintai sesama manusia yang belum tentu sebenar benarnya mencintai diri kita , sedangkan Allah s.w.t sentiasa mencintai hambanya yang sentiasa mengingatinya .
Sama samalah kita renung renungkan serta memperbaiki kesilapan serta kealpaan kita selama ini selagi hayat kita masih ada . Lagipun kita mati hanya sekali , sempat atau tidak untuk bertaubat hanya dia sahaja yang mengetahui maka bertaubat sebelum terlambat .
No comments:
Post a Comment