Wednesday, April 6, 2011

BBQ Night

Dah lama jg aku tak buat bbq nie, masa baru pindah tu rajin jgklh buat bbq nie tp semenjak dua menjak nie aku jarang buat bbq, jd sempena menyambut hari kelahiran ibunda ku jd aku n kakak ku bergabung tuk menjayakan bbq nie. Tak ramailah yg aku jemput cuma adik beradik mak aku dan jiran yg dekat sahaja. Lgpun bukanlah buat secara besaran pun, klu nk buat besaranpun tggu birthday anakku yg bongsu genap setahun nanti. 

 Yang membeakr nie tak lain dan tak bukan ialah hubby ku , berpoloh poloh dia membakarnya .... dera dia sikit ... hahahah

 Pasu bunga aku pun blh jd mangsa pembakaran ....

 Menu nya ialah pasta, coslow, mee hoon goreng, ayam, ikan cencaru dan pencicah yg sewaktu dengannya ..



Kerenah Anak Anak


 Gelagat anak anak bila dapat mandi kolam , walaupun x lah sebesar mana tp kemain seronok sngt 

 Semakin membesar dh Akif nie , dh nk masuk 9 bln ...

Papa N Anak Anaknya

 Inilah masa yg dinantikan oleh anak anak bila papanya bwk pi jln jln sambil bermesra , selalunya papa bz sokmo ...!

 Kemain riang Akif bila papa buat macam tu ... ala ala naik kuda gitu ...

Jalan jalan di Dataran Pahlawan naik keta RM 3 sejam ...

Ini papa nyer dah lapar sangat sampai anak nya tangan pun boleh jadi nk dimakannya .... cian Akif

Monday, April 4, 2011

Kepercayaan ...



Setiap manusia diatas muka bumi ini mempunyai perasaan kepercayaan diantara sesama manusia, cuma terpulang kepada diri kita sendiri untuk mengekalkan kepercayaan yang diberi mahupun kepercayaan kepada diri sendiri. Namun kepercayaan itulh yg sering dipermainkan oleh manusia sendiri. Kekadang kita terleka akan janji yg diberi sehingga terlalu senang kita mempercayai seseorg itu tanpa usul periksa akan kewujudan dirinya. Kepercayaan adalah sesuatu perasaan yg tidak mampu di tukar gantikan dengan wang yg berjuta kerana ianya lebih dari nilai wang sendiri lagipun ianya mempunyai nilai yg terlalu tinggi hingga x termampu untuk menyatakan apakah nilai kepercayaan itu.

Setiap insan mempunyai kepercayaan tersendiri, namun jangan kita sesekali menyalah gunakan kepercayaan yg diberikan kerana ianya akan memakan diri kita sendiri.

Sunday, March 20, 2011

Kenalan Lama

Sekejap sahaja masa berlalu, pejam celik dh hari Ahad ... tak lama lagi akan masuk ke bulan April ... semalam aku bertemu dengan sahabat karib aku semasa di sekolah menengah, tak sangka akhirnya aku dapat juga bertemu dengannya iya itulah Najiehah Nazri, lama jugak aku tak berjumpa dengannya tapi kiranya jodoh aku denganny masih kuat lagi kerana aku masih sempat bertemu dengannya. Yang penting paras rupa x berubah cuma fizikalnya sahaja samalah juga dengan aku ... dulu vogue the vast lagi sekarang still comel lagi lah, tahap comel2 gebu gitu ... heheheh ! Cuma masa tidak menizinkan aku berbual lebih lama dengannya, insyaallah jika jodoh kami still kuat akau akan bertemu dengan dia lain kali. Tapi aku sedih sebab tidak sempat tuk ambil gambar bersama ... huwaaaa !!!

Thursday, March 17, 2011

My Hero's







Inilah hero hero didalam hatiku, merekalah yang menghiburkan duniaku, kekadang mereka buat aku marah, gembira, sedih ... tanpa mereka siapalah aku !!!

Majlis Perkahwinan

Wah ... lama jugak aku x update blog aku ialah semenjak dua menjak nie aku sibuk dengan jemputan kahwin ... nak kata aku orang hok penting dok jugak ... tapi setakat menyemakkan suasana kira oklah tu , as long perut aku n anak2 kenyang kira oraitlah tu. Yang bestnya time kenduri macam ni lah berbagai bagai kerenah yang dapat dilihat dan yang penting berbagai bagai cerita yang menarik mahupun kurang menarik akan dapat didengar ... !!! Daripada dapat pahalah aleh aleh dapat dosa pulak ... aku yang mendengar tergolong jugak kot ... baru aku nak muhasabahkan diri aku nak jadi insan yang mulia serta isteri yang solehah .... tapi terpesong kejap heheheh ... skrg dah kembali jalan yang lurus. Lihatlah aksi d majlis perkahwinan saudara aku ...