Monday, February 7, 2011

My First Little Precious ..

Seperti insan insan yang lain , apabila sudah berkahwin tentu perkara pertama yang diingini ialah zuriat yang mampu menyinari bahtera perkahwinan ... aku telah mendirikan rumahtangga selama hampir 8 tahun namun aku masih lagi belum di beri rezeki seorang anak untuk melengkapkan bahtera ini. Namun aku redha akan ketentuannya kerana Allah s.w.t lebih mengetahui segalanya dan aku sebagai manusia biasa ini hanya mampu merancang tetapi dialah yang maha mengetahui. Setelah segala usaha aku dan hubby lakukan , namun masih lagi aku mempunyai zuriat ... jadi aku dan hubby bercadang untuk mengambil 'anak angkat' jika inilah yang ditakdirkan untuk aku dan hubby ... aku redha. Walaupun aku tidak mampu untuk memiliki zuriat sendiri namun aku boleh menjaga amanah yang diberikan ini ... !!! Maka inilah anak lelaki ku yang diberi nama 'ADAM DANIAL' ... insan kecil inilah yang telah menyinari hidup ku ... !!!





No comments:

Post a Comment