Thursday, October 20, 2011

Senyum Seorang Isteri

Senyum Seorang Isteri

Senyum seorang isteri begitu tulus dan indah sekalipun hatinya perit terluka. Air matanya telah mengering. Sebagai seorang isteri, hatinya terpukul ketika mengetahui suaminya memiliki cinta pada perempuan yang lain. Meskipun suaminya menyedari kesalahan dan telah bertaubat serta meminta maaf namun rasa perit terluka, marah dan kecewa masih berkecamuk dihatinya. Itulah sebabnya rumah tangga yang dibina seperti api dalam sekam. Terlihat harmonis dari luar, tetapi di dalam berlangsung perang dingin.

"Setiap teringat penyelewengannya, hati saya bagai tersangat perit. Bila dia tersenyum, saya membayangkan senyuman itu dilontarkan untuk perempuan lain. Setiap dia membelai, saya terbayang suami saya membelai perempuan lain, Emosi saya tertahan dan setiap saat meledak." tuturnya ditengah rasa sakit hati yang terluka.

Ditengah kekalutan, dirinya sentiasa berdoa, memohon kepada Allah agar diberikan ketenangan hati. Kemudian, secara tiba-tiba dirinya merasa bersyukur bahawa cubaan yang hadir untuk keluarganya datang dari sang suami sehingga bila dia memaafkan bukan hanya keluarganya menjadi utuh tetapi dia juga mendapatkan pahala.

Dirinya teringat bagaimana Rasulullah SAW yang begitu mulia, mahu memaafkan kesalahan orang lain. Keikhlasannya untuk memaafkan dan menerima ketetapan ALLAH SWT, tiada cubaan yang diberikan-NYA melainkan untuk kebaikan baginya dan keluarganya. Serta tidak ada cubaan yang diberikan oleh ALLAH SWT yang tak akan sanggup dijalaninya. Akhirnya hubungan dirinya dan suaminya telah pulih kembali, sebagai seorang isteri, dia bersyukur kerana ALLAH SWT telah memberikan petunjuk pada suaminya sehingga menyedari kesalahannya dan mahu untuk bertaubat.

"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan kebaikan." (QS. an-Nur :22).

Wassalam,

Nukilan M. Agus Syafii

No comments:

Post a Comment