Monday, February 7, 2011

My First Little Precious ..

Seperti insan insan yang lain , apabila sudah berkahwin tentu perkara pertama yang diingini ialah zuriat yang mampu menyinari bahtera perkahwinan ... aku telah mendirikan rumahtangga selama hampir 8 tahun namun aku masih lagi belum di beri rezeki seorang anak untuk melengkapkan bahtera ini. Namun aku redha akan ketentuannya kerana Allah s.w.t lebih mengetahui segalanya dan aku sebagai manusia biasa ini hanya mampu merancang tetapi dialah yang maha mengetahui. Setelah segala usaha aku dan hubby lakukan , namun masih lagi aku mempunyai zuriat ... jadi aku dan hubby bercadang untuk mengambil 'anak angkat' jika inilah yang ditakdirkan untuk aku dan hubby ... aku redha. Walaupun aku tidak mampu untuk memiliki zuriat sendiri namun aku boleh menjaga amanah yang diberikan ini ... !!! Maka inilah anak lelaki ku yang diberi nama 'ADAM DANIAL' ... insan kecil inilah yang telah menyinari hidup ku ... !!!





My Hubby Family

Ini pula keluarga mentua aku , cuma dalam nie mak mentua aku tiada sebab beraya bersama anak masing masing , oh ye mak mentua aku ini isteri yang ke dua setelah isteri pertama telah pergi waramatullah. Gambar ini pun di ambil ketika Hari Raya rahun 2007. Cuma masa ini aku masih lagi belum di kurniakan zuriat .. masih belum ada rezeki lagi walaupun hampir 8 tahun perkahwinan kami. Tapi itu smua kuasa tuhan. Jadi aku pinjam jer anak kakak ipar aku tuk jadi anak aku ketika ambil gambar ... kira oklah tu.



My Family

Inilah ahli keluarga aku , lewat sikit aku memperkenalkan ahli keluargaku , aku mempunyai 4 adik beradik , 2 lelaki dan 2 perempuan. Erm pandai juga mak aku susun strategi yek .. heheh ! Aku anak yang ke 2 dan aku juga lah kahwin dulu ... dah gatai sangat kot nak berlaki .. heheh !!


Pancing Time .. :)

Pancing time .. wah seronok sangat bila dapat memancing time kapal tengah anchor di Bintulu, salah satu aktiviti yang dilakukan adalah memancing bagi yang kaki pancing tu .. aku aper lagi dok numpang sekaki lah dari tak minat memancing boleh jadi minat sebab asyik sangat dapat ikan ... macam macam jenis ikan yang dapat tapi satu malam tu memang rezeki kami ikan tenggiri batang sahaja yang kami dapat ... aper lagi akulah yang jadi tukang masaknya esok ... masak apa lagi kalau tidak Asam Pedas Melaka ... ermmm at least dapat jugak makan Asam Pedas Melaka sekali sekala ... !!!





Sea Life Time ...






Salah satu kenanga manis ketika aku mengikut hubby belayar , terlalu banyak kenangan manis ketika aku bersama sama anak-anak kapal yang lain dan terlalu banyak pengajaran yang aku timba. Hampir 4 tahun aku serng mengikut hubby belayar .. dari situ jugalah aku mengenali kehidupan insan yang kerjayanya sebagai pelayar serta dugaan yang sering di lalui.

My Personality





Ni pic aku dan hubby ... well perkenalan aku dan hubby tidaklah terlalu lama , aku diperkenalkan oleh my mother in law n my father in law ... aku tidak pernah melihat wajah hubby semasa perkenalan kami kerana ketika itu hubby masih berada dilautan (seafarer) jadi aku hanya di berikan lakaran secara kasar sahaja mengenai hubby. Tetapi perkenalan kami adalah salah satu kenangan yang paling manis dan kelakar yang pernah aku miliki dan lalui , jika nak di imbaskan kembali memang nak gelak besar di buatnya. Ketika kami berkenalan umur aku masih 24 thn manakala hubby 27 thn ... perkenalan kami hanya 6 minggu dan hubby masuk merisik kami bertunang selama 6 bulan dan kami bernikah. Alhamdulillan hubungan kami bahagia cuma kekadang tu biasalah ombak sentiasa beralun ini kan lagi hubungan suami isteri mesti ada pasang surutnya , semoga perkahwinan kami akan berkekalan hingga hujung nyawa. Love u hubby ... !

My New Blog ...


This my new blog .. sblm ni mmg ada buat blog tetapi jarang sangat mengupdatekan apa yang patut jd untuk tahun 2011 nie ada perubahan sedikit yang ingin dilakukan iaitu mengupdatekan blog apa yang patut.
Lagipun banyak sungguh kenangan yang ingin dikongsi bersama serta ianya akan disimpa untuk di jadikan satu kenangan manis mahupun pahit.